Kulukiskan Engkau Biru Dan Engkau Bertanya Kenapa Tidak Merah Jambu Seperti Warna Kesukaanku?

Kulukiskan Engkau Biru Dan Engkau Bertanya Kenapa Tidak Merah Jambu Seperti Warna Kesukaanku Bila seorang penyair menuliskan cinta itu bererti dia telah menuliskan puisi Dan bila seorang penyair menuliskan puisi itu bererti dia telah menuliskan cinta RIDZUAN HARUN Penyair dan Pensyarah di F

Bila seorang penyair menuliskan cinta, itu bererti dia telah menuliskan puisi Dan bila seorang penyair menuliskan puisi, itu bererti dia telah menuliskan cinta RIDZUAN HARUN Penyair dan Pensyarah di Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA Tanggapan yang dimuatkan dalam puisi pusinya terhibur dan pembaca dapat menikmati konsep keindahan yanBila seorang penyair menuliskan cinta, itu bererti dia telah menuliskan puisi Dan bila seorang penyair menuliskan puisi, itu bererti dia telah menuliskan cinta RIDZUAN HARUN Penyair dan Pensyarah di Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA Tanggapan yang dimuatkan dalam puisi pusinya terhibur dan pembaca dapat menikmati konsep keindahan yang dizahirkan melalui pengucapan makna dalam diksi yang distrukturkan secara tersusun, terikat dan tersatu dalam wacana yang mantap binaan ideanya Walaupun Rahimidin Zahari gemar mencipta puisi pendek makna yang termuat dalam mesej cukup untuk menampung estetik puitik ARBAK OTHMANPengkritik Sastera dan Pensyarah di Fakulti Bahasa Moden KomunikasiUniversiti Putra Malaysia UPM Ini judul paling panjang yang saya pernah bina untuk sebuah buku Tapi, peduli apa SINAGANAGAPenyair Palsu dan Bapa Pembangunan Buku Abad ke 21

  • Unlimited [Biography Book] ✓ Kulukiskan Engkau Biru Dan Engkau Bertanya Kenapa Tidak Merah Jambu Seperti Warna Kesukaanku? - by Rahimidin Zahari ✓
    Rahimidin Zahari
  • thumbnail Title: Unlimited [Biography Book] ✓ Kulukiskan Engkau Biru Dan Engkau Bertanya Kenapa Tidak Merah Jambu Seperti Warna Kesukaanku? - by Rahimidin Zahari ✓
    Posted by:Rahimidin Zahari
    Published :2018-03-20T02:59:14+00:00

1 thought on “Kulukiskan Engkau Biru Dan Engkau Bertanya Kenapa Tidak Merah Jambu Seperti Warna Kesukaanku?”

  1. Sebuah buku kumpulan puisi daripada Allahyarham Rahimidin Zahari.Saya masih hijau dalam menceburi dunia pembacaan puisi, justeru saya tidak arif untuk menentukan sesebuah puisi itu baik atau tidak.Tetapi, saya boleh menilai puisi berdasarkan fitrah asli sebagai manusia yang cintakan keindahan.Menerusi tangan Rahimidin, cinta yang datang dari sekeping hati yang nipis mampu melahirkan rasa yang besar dan dalam.Cinta tak disempitkan makna sebatas lelaki dan perempuan, tetapi turut mencakupi cinta t [...]

  2. Puisi yang terkandung dalam kumpulan yang diterbitkan secara posthomous ini, bukanlah karya yang mewakili renungan pemikiran yang diwacanakan oleh penyairnya seperti yang kita bacakan pada kepenyairan Rahimidin Zahari- sebaliknya ia seperti bahagian lintasan intuisi dari pengucapan jiwa romantis dan halusnya terhadap sisi peribadinya. Ia ditumpahkan pada kanvas puisinya secara langsung dan barangkali sebahagiannya terhasil daripada azam yang pernah diucapkannya kepada saya (dan mungkin sebahagia [...]

  3. Kumpulan puisi ini sebenarnya telah lama dirancang untuk diterbitkan (rujuk Nota Kenang-Kenangan oleh Sinaganaga pada halaman 65) iaitu dalam tahun 2013. Namun, hanya setelah 3 tahun, naskhah ini barulah menemui pembaca. Rahimidin seperti yang diketahui, menulis puisi bukan dengan kata-kata besar, berdengung-dengung dan 'menyakitkan' pembacanya tetapi, dengan kata-kata mudah dan rasanya lebih licin menujah pembaca. Kata-kata mudah ini meskipun begitu, menyulam makna dan cerita yang mendalam dan [...]

  4. Sebuah kumpulan puisi posthumous gemulah Rahimidin Zahari yang berkaitan dengan cinta - cinta itu meluas, tidak tertakluk hanya pada cinta sesama manusia tetapi cinta kepada alam serta cinta kepada Yang Maha Esa. Buku ini sebenarnya telah lama dirancang untuk diterbitkan sehinggalah ianya dapat dibaca. Ada di antara puisinya diambil di dalam buku kumpulan puisiPerahu Fansuri.Puisi-puisi yang dirangka menggunakan perkataan yang mudah tetapi mendalam maksudnya. Di akhir buku, ada nukilan daripada [...]

  5. Tajuk buku puisi paling panjang yang pernah dibaca setakat ini! Rahimidin Zahari mempunyai bakat dalam membawa pembaca terjun bersama beliau ke dalam emosi dan ambiguiti. Pemilihan kata yang ringkas tetapi mengena tidak memerlukan pembaca menyelak kamus dalam melayari baris demi baris sajak beliau. Setiap perkataan disusun tepat pada tempatnya. Secawan Kopi Pahit, Kusembunyikan Engkau di Dalam Puisi dan Kintamani ialah kegemaran saya!

  6. Lima bintang kerana rasa tidak puas membaca untaian kata penulisnya dan kita tidak akan dapat membaca karya barunya lagi kerana penulisnya telah pergi meninggalkan kita.

  7. orang kata dont judge a book by its cover tetapi apabila melihatkan tajuk buku ini, hati saya sudah tersentuh dan mengagak-agak puisi-puisinya akan melankolik namun bersahaja. pemilihan perkataan yg digunakan menyebabkan saya berterusan menyelak helaian untuk ingin membaca lagi dan lagi sehingga ke mukasurat terakhir. Untuk orang seperti saya yang lebih suka mendengar puisi seperti sedang berbicara, tentunya seperti sedang mendengar seorang rakan bercerita apa itu kehidupan. Penulis telah membuk [...]

  8. salah satu sebab aku suka baca puisi bertarikh adalah, aku boleh imbau semula di mana dan apa yang aku buat dengan tarikh yang sama penulis melukiskan puisinya. dan itu secara halus menyedarkan aku bahawa setiap saat yang berdetik, berbilion manusia sedang melalui bermacam hal, jatuh cinta, bergembira, berpesta, bertarung, bersedih, melahirkan, malah juga kematian. dan pada 14 Mei 2017, Tuan Rahimidin sudah tidak lagi bersama kita di dunia yang mana mungkin waktu itu aku sedang makan nasi di pej [...]

  9. Kumpulan puisi dari pemuisi yang tidak sempat melihat buku ini siap meskipun perancangan telah diatur untuk menerbitkannya. Cinta pada tafsiran Rahimidin adalah pelbagai - bukan kepada wanita semata-mata. Dia menuliskan puisi seolah-olah berbicara, tidak mengolahnya dalam bahasa yang sukar difahami tapi maksudnya pasti berlapis-lapis untuk kita renungi. Memetik sepatah kata Ridzuan Harun, ‘Rahimidin memang ingin membongkar rahsia cintanya, dan pada masa yang sama ia mahu terus menyembunyikan r [...]

  10. "Kawe pun ada sajak gelenyar," kata Rahimidin. Rahimidin duduk di atas sofa warna biru yang lusuh, di Studio Anai-Anai. Aku duduk di hujung sofa, di sebelahnya. Sinaganaga tak tau pergi ke mana. Mungkin dia ke tandas."Sajak gelenyar lagu mano?" aku tanya."Sajak hok bergewe la," jawab Rahimidin. "Kih kih kih ." Rahimidin mengekih di hujung ayatnya. Misai nipisnya terangkat-angkat sedikit.Perbualan itu tercetus apabila aku membebel betapa susahnya nak menemukan sajak-sajak yang berkualiti dan me [...]

  11. MEMBACA SANG BANGAU MATANGAku membaca ketulusanTuan, sang bangau matangseperti serindit kecil mentahmenatang pandangan indahsaat jauh ke ufuk mana juaTuan, sang bangau matangmerantau ke langkau langitakan tetap Tuan pamitke wilayah bendangdan belakang kerbau.Untuk mengajar kamipergi dan kembalihanya untuk diketawakanselebihnya tentang kenangandan seribu doa ketulusan.Bawah senja nan merendangkami memandang sayuTuan, sang bangau matangkembali girang, sambil berpesanAmbo kelik dulu, derEsok luso j [...]

  12. Apa lagi yang boleh saya katakan tentang puisi-puisi tinggalan Allahyarham yangs elalu mengagumkan ini?Walaupun kedekatan kepada peribadi dirinya, masih puisi-puisi yang termuat dalam buku ini memperagakan kepada dunia dan isinya bahawa cinta sekecil hati manusia mempunyai rasa yang sangat besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *